Macam mana perut tak maju ke depan kalau hari2 makan nasik lemak
Memang wajib beli nasik lemak untuk sarapan dan tiga ketul kuih
Kuih tu aku makan secara berperingkat sekiranya lapar. Haha.
Sedap nasik lemak makcik ni
Singgit je sebungkus
Penggunaan daun pisang masing di kekalkan
Sambal yang mantap, ikan bilis yang kadang2 jarang dijumpai
Kacang yang melampau banyak sebab disedekahkan oleh member yang tak makan kacang
Dah makan separuh baru ingat nak amek gambaq
Saya dengan riaknya nak bagitau rumah saya dah ada oven!!!
Kah3x
Itupun nak riak, orang lain lebih daripada oven pun tak kecoh. Hahaha.
Dah lama nak beli sebab nafsu nak makan tu sentiasa beraja dihati
Tapi tak beli2
Malam tu suami tercinta dan dikasihi (ekekeke.. gedik) pi Tesco sorang2 dan bawak balik oven!!
I like it sooo much sayang (saja puji lebih2 kot dapat gelang emas besaq rantai beskal pulak lepas ni)
Tak sabar nak memulakan sesi masak memasak dan melempar makanan
yang tak jadi ke dalam tong sampah dan di cover dengan sampah2
yang lain sebab malu kena kutuk dengan laki sendiri sebab masak tak jadi.
Hahahaha.
"Papa, malam tu mama try masak bubur kacang hijau, sudahnya bubur tu masuk tong
sampah sebab kacang tu takmau bekerjasama dengan mama. Sori, tak dapat
papa nak makan bubur kacang yang mama buat".
(lakiku sampai sudah taktau aku buat bubur kacang
tak jadi sebab ku pandai cover makanan yang ku lempaq dalam tong sampah tu).
Untung lakiku dapat bini yang yang rajin masak dan bijak.
Sekian sahaja untuk hari ini. Bai~~