Kolot ka kalau tak kenai Erykah Badu ni?? Tak kot. Sebabnya Erykah Badu pun tak kenai aku. Hahaha. Tapi, ramai yang kecoh sebab apa nak banned konsert Erykah Badu ni, sebabnya (kata depa laa), Erykah Badu ni penyanyi berbakat. Sedap kot suara dia. Pagi ni sampai ofis terus aku buka youtube, semata2 nak dengaq lagu Erykah Badu. Hmmmm.. Pendapat aku yang hanya belajaq muzik kat sekolah rendah setakat bermain rekoder, aku rasa Adele lagi best kot. Ok lagi Justin Bibiaq. Ada jugak yang kata, Erykah Badu ni bukan takat letak tatu simbol Allah kat badan dia, simbol agama lain pun ada. Betoi ka macam tu?
Betoi ka tak betoi, aku orang kampung yang hulu ni, manusia kolot yang tak kenai sapa Erykah Badu ni, saja la nak habaq, daripada kita pi konsert Erykah Badu, baik layan youtube ceramah Ustaz Kazim Elias, dak pun Ustaz Azhar Idrus, dak pun, ustaz macho, Ustaz Don. Sekupang pun tak kena duit. Duit kena bayaq internet ja. Nak jimat, donlod la, esok2 boleh tengok 2,3 kali.
Eh, aku bukan bajet aku alim, bukan. Tapi aku rasa, ramai lagi aihhh penyanyi best yang ada kat holiwut tu, Adele ada, Bruno Mars ada, sapa lagi ntah. Tak berapa nak ingat nama. Bab seksi tu kita tak payah sembang la kan, artis Malaysia pun melambak hat seksi. Tu ikut suka depa la nak seksi, tapi kalau dah buat tatu simbol Allah kat badan tu, rasa macam tak berapa wajar la hangpa beria2 nak histeria sebab konsert dia kena banned. Tak payah bajet open minded sangat la kan, nanti ada konsert Britney Spears kat Lumut, kita pi ramai2 noh.
![]() |
| Britney dulu sangat sweet okeh, sekarang tak berapa sweet dah, sour jaa.. hohoho.. |
* aku minat britney spears, banyak lagu dia dalam henpon. masa remaja2 dulu, adik aku beli cd karoke britney dengan westlife. so, memang layan.

